Wednesday, 25 January 2017

Ilmu dan adab.

Assallamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai sahabat semua.


* AJARKANLAH ILMU DAN ADAB PADA DIRIMU DAN KELUARGAMU (Isteri dan anak-anakmu)*

 Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَاراً)

"Wahai orang-orang beriman JAGALAH DIRIMU dan KELUARGAMU (Isteri dan anak-anakmu) dari api neraka." (at-Tahrim : 6)

 'Ali bin Abi Thalib radhiyallahu 'anhu tentang ayat tersebut berkata, "Ajarkanlah kepada dirimu dan keluargamu KEBAIKAN, dan ajarilah mereka ADAB."(diriwayatkan oleh 'Abdurrazzaq, Sa'id bin Manshur, Ibnu Jarir, dan al-Hakim)

 Al-Hasan al-Bashri rahimahullah juga mengatakan, "Ajarilah mereka ADAB dan berilah mereka pengajaran (ilmu)." (lihat Tuhfatul Maulud 328)

 'Abdullah bin 'Umar radhiyallahu 'anhuma, "Perbaikilah adab putramu, sesungguhnya engkau akan dimintai pertanggungjawaban tentangnya, dan dia (putramu) akan dimintai pertanggungjawaban tentang sikap baik/baktinya kepadamu." (diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman)

Semoga bermanfaat buat kalian dan ajarilah ilmu dan adab agar sikap dan pembawakan anak atau keluarga anda tidak terus terjerumus di dalam keburukan dan kesalahan. Insya Allah. Semoga diberkati oleh Allah.💚

Tuesday, 24 January 2017

Cakap.

Assallamualaikum .semoga Allah merahmati dan meredhai sahabat.Kemaafan dan Terima kasih atas segalanya.

Setiap hari kita bercakap tentang hal yg bermacam2 perkara. Ada yg baik dan ada juga yg buruk. Kedua2 perkara percakapan ini bergantung kepada tahap iman, akhlak dan faktor suasana kita ketika itu dalam kehidupan seharian kita.
Percaya atau tidak, semakin kita banyak bercakap maka semakin tinggi peluang untuk kita bercakap hal yg sia-sia. Semakin banyak kita bercakap hal yg sia-sia, maka semakin pula ianya akan membuatkan hati kita jadi keras dan gelap pekat tidak bercahaya.

Hal ini diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw bersabda :

َﺓَﺮْﺜَﻛ َّﻥِﺈَﻓ ِﻪﻠﻟﺍ ِﺮْﻛِﺫ ِﺮْﻴَﻐِﺑ َﻡَﻼَﻜﻟﺍ ﺍﻭُﺮِﺜْﻜُﺗ َﻻ َّﻥِﺇَﻭ ،ِﺐْﻠَﻘْﻠِﻟ ٌﺓَﻮْﺴَﻗ ِﻪﻠﻟﺍ ِﺮْﻛِﺫ ِﺮْﻴَﻐِﺑ ﻡَﻼَﻜﻟﺍ ﻲِﺳﺎَﻘﻟﺍ ُﺐْﻠَﻘﻟﺍ ِﻪﻠﻟﺍ َﻦِﻣ ِﺱﺎَّﻨﻟﺍ َﺪَﻌْﺑَﺃ

Janganlah banyak bercakap melainkan ucapan mengingati ALlah ( ِﻪﻠﻟﺍ ِﺮْﻛِﺫ ). Sesungguhnya percakapan tanpa mengingati ALlah itu akan mengeraskan hati. Dan sesungguhnya orang yang paling jauh daripada ALlah ialah orang yang keras hatinya.
(Rowahu at-Tarmidzi no. 2411]

Sayyidina Umar al-Khattab (wafat 23H) pernah berkata:
َﺮُﺜَﻛ ْﻦَﻣَﻭ ،ُﻪُﻄْﻘَﺳ َﺮُﺜَﻛ ،ُﻪُﻣﺎَﻠَﻛ َﺮُﺜَﻛ ْﻦَﻣ ،ُﻪُﺑﻮُﻧُﺫ ْﺕَﺮُﺜَﻛ ْﻦَﻣَﻭ ،ُﻪُﺑﻮُﻧُﺫ ْﺕَﺮُﺜَﻛ ،ُﻪُﻄْﻘَﺳ ِﻪِﺑ ﻰَﻟْﻭَﺃ ُﺭﺎَّﻨﻟﺍ ِﺖَﻧﺎَﻛ

Terjemahan maksudnya : Siapa yang banyak percakapannya, banyaklah salahnya.
Siapa yang banyak salahnya, banyaklah dosanya.
Siapa yang banyak dosanya, maka neraka lebih patut untuknya.
(Syu'ab al-Iman no. 4640)
Kata Ibn Mas'ud (wafat 32H):
ﻰﻠﻋ ﺎﻣ ﻮﻫ ﻻﺇ ﻪﻟﺇ ﻻ ﻱﺬﻟﺍ ﻪﻠﻟﺍﻭ ﻥﺎﺴﻠﻟﺍ ﻦﻣ ﻦﺠﺳ ﻝﻮﻄﺑ ﻖﺣﺃ ﺽﺭﻷﺍ
Terjemahannya : Demi ALlah yang mana tiada Tuhan selain Dia, tiada di atas muka bumi ini yang lebih berhak untuk lama dipenjarakan (ditahan) selain daripada lisan.
(Jami' al-'Ulum wa al-Hikam 1/430)
Moga kita jaga dan dapat memperbaiki percakapan kita sehari-harian. Sama-sama kita berusaha menjayakannya.
Wallahu a'lam💚

Dari wall: Lebai Kampong

Sunday, 22 January 2017

Ilmu

Assallamualaikum sahabat yg dimuliakan.Allah semoga Allah merahmati dan meredhai sahabat semua.


❤ *Nasihat Bagi Para Penuntut Ilmu* ❤

Firman ALLAH swt,

"Nescaya ALLAH swt akan meninggikan orang² yg beriman di antaramu dan orang² yg diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat"
[Al-Mujadillah, 58:11]

Dari sahabat Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata, bahwa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Menuntut ilmu itu DIWAJIBKAN bagi setiap orang Islam"
[HR. Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ibnu Abdil Barr, dan Ibnu 'Adi]

Wahai orang yg senang menuntut ilmu dan berusaha memperbanyak jumlah ahli ilmu, ketahuilah, sesungguhnya ilmu memiliki keagungan dan keindahan, bila syarat²nya dipenuhi.
Jika tidak, maka keindahan dan kilaunya akan sirna, kemudian kewibawaan pemiliknya akan lenyap dari hati. Diantara manusia, ada orang yg hanya pandai berbicara ('Alimul Lisan) tetapi hatinya bodoh (Jahilul Qalb)

Wahai sahabatku, jadilah penuntut ilmu yg baik. Penuhilah syarat dan adab²nya, maka engkau akan memperoleh kenikmatan, bersinar dengan cahayanya dan memetik buahnya di dunia ini sebelum di akhirat nanti.
Janganlah menuntut ilmu sekadar untuk membahas pendapat para ulama', mencari-cari kesalahan dan mengalahkan lawan debat. Inilah sikap orang² yg hina dan tak memiliki semangat.

Ketahuilah, ilmu akan membawa rahmat dan kebahagiaan. Tetapi, jika ditujukan untuk bermusuhan dan saling mengalahkan, maka Ilmu menjadi siksa dan melelahkan.
Dalam menuntut ilmu, contohilah kaum Solehin yg telah berkata, "Jika berbicara membuatmu merasa bangga, maka diamlah. Dan jika diam merasa membuatmu bangga, maka berbicaralah"
"Sebagaimana harta, ilmu akan membuat seseorang berbuat melampaui batas"

wallahuallam

["Idhahu Asrari 'Ulumil Muqarrabin", Sayyidinal Imam Al-'Allamah Sayyid Muhammad bin Abdullah Al-Idrus رضي الله عنـه]

Yaa Allah Kayakanlah kami dengan ilmu, hiasilah kami dengan sifat santun, muliakanlah kami dengan ketaqwaan, dan baguskanlah kami dengan afiat, Wahai Yang Paling Penyayang diantara yg penyayang"💚

Sejarah

💦🌹.                       💦🌹

   *SEJARAH AYAT KURSI*                        

💦Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.🌹

💦Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu halangan besar dalam perjuangan mereka. Rasullah S.A.W dengan segera memerintahkan Zaid B. Sabit menulis serta menyebarkannya.🌹

💦Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,
In shaa Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya....🌹

💦In sha' Allah.🌹

Saturday, 21 January 2017

Makan

SEKADAR PERINGATAN

    * Kita akan jadi berdasarkan apa yang kita makan.
    * Pemakanan boleh mempengaruhi iman dan ibadat seseorang.
    * Sekiranya tidak khusyuk solat, semaklah pemakanan dan sumber pemakanan.
    * Sekiranya anak nakal, jangan menyalahkan mereka semata-mata, sebaliknya telitilah makanan dan sumber rezeki yang macam manakah yang ibu bapa berikan kepada mereka.
    * Makanan yang berkat akan mendekatkan kita kepada Allah.
    * Syariat tidak mendatangkan keimanan, sekiranya makanan yang kita makan itu hasil daripada sumber yang syubhah atau haram.
    * Pemakanan berkait rapat dengan pembersihan hati dan menjauhkan kita daripada api neraka.
    * Mereka yang menjaga pemakanan lebih mudah menerima ilmu seperti menghafaz al-Quran, mempunyai akhlak terpuji dan sebagainya.


Ujub.

Assallamualaikum sahabat.yg dimuliakan Allah semoga Allah merahmati.dan meredhai sahabat semua.salam Asar.


Al-Habib Ali al-Jufri bertanya kepada gurunya Sayyidil Habib Umar ben Hafidz :
"Yang manakah lebih berbahaya.. Berbangga dengan sikap sendiri ataupun berbangga dengan fahaman sendiri?"

Jawab Sayyidil Habib Umar ben Hafidz : "Berbangga dgn fahaman sendiri.. Dengan berbangga dengan fahaman sendirilah syaitan menjadi murka oleh Allah SWT"..

Kata syaitan pada waktu itu;
"Aku ini lebih Mulia daripada manusia kerana aku diciptakan daripada Api sedangkan manusia itu diciptakan daripada tanah Bumi.."

Ujub' adalah satu perasaan dimana seseorang itu berasa bangga dan ajaib kepada diri sendiri, dan ini mampu membuatkan mereka lalai dan lebih jauh daripada Taufiq Allah SWT...

Imam Al-Ghazali Rahimahullah berkata bahawasanya perasaan ujub ini jauh lebih bahaya daripada perasaan Riya'..

Moga Allah SWT memelihara kita dari sifat yg sedemikian...💚

Friday, 20 January 2017

Hamba.

Syurga *lelaki*
pada  perempuan iaitu *IBU*

Syurga *perempuan*
pada lelaki iaitu *suami.*

Sehebat-hebat *suami*
kena patuh pada *ibu.*

Sehebat-hebat *ibu*
kena patuh pada *suami.*

Masa *hidup*
anak perlukan *doa ibubapa.*    

Masa *mati*
ibubapa perlukan *doa anak.*

*Sehebat-hebat manusia*,
bila mati
dia tetap *perlu orang lain*
untuk *kebumi jenazahnya.*

*Setinggi-tinggi ilmu*
yang manusia ada.
Dia tetap perlu *belajar*
daripada seorang *guru.*

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara.
Pasti yang dirindu
adalah *keluarga.*

Walau *sekaya* manapun seorang manusia.
Dia tetap perlu untuk *berurusan*
dengan *orang lain...*

Seorang *Majikan*
tidak akan mampu uruskan perjalanan premis/Jabatannya
tanpa *pekerja bawahannya.*

Seorang *raja*
tidak berkuasa
tanpa ada *rakyat jelata.*

Inilah manusia...
*Lemah.*
Walau sehebat mana pun kita didunia.
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi.
Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*

Lalu kenapa mahu rasakan
kita adalah yang terbaik dan terhebat ???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada
*taraf ujub, riak,sombong dan hina*

*Ingatlah wahai diriku*
 dan yang sedang membaca.
Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat.
 *sombong dan merasa dia lebih baik.*

Sunday, 15 January 2017

Senyum.

Assallamualaikum sahabat yg dimuliakan Allah semoga Allah merahmati sahabat


Wahai Sahabatku
Andainya ada orang mencerca serta menghinamu, lalu kamu balas pula dengan cercaan dan penghinaan, maka sama akhlakmu dengan mereka. Kerana kebaikan itu bila engkau mampu menunjukkan akhlak yang lebih baik dari mereka. Allah berfirman Maksudnya " bila kamu berbicara dengan orang yang jahil, ucapan selamat kepada mereka ".

Wahai sahabatku
Orang yang jahil bercakap dengan nafsunya, manakala orang yang beriman akan berbicara dengan akalnya. Maka jadilah kamu orang yang lebih baik dari mereka, bukan menyamai akhlak buruk mereka.

*Senyumlah kerana di situ ada kedamaian*💚😊

Friday, 13 January 2017

Doa.


Kembali.

Assallamualaikum.salam mlm jumaat yg penuh keberkatan

*KEMBALILAH WAHAI DIRI*

Wahai jiwa yang tenang..Kembalilah kepada Allah…berharaplah kepada Allah..

Kita sudah terlalu lama meletakkan pengharapan kepada manusia, menyangka manusia boleh membahagiakan kita, rupa-rupanya tidak..bagaimana harus meminta kepada manusia sedangkan mereka juga lemah seperti kita..

Kembalilah..Kembalilah..Berharaplah, berdoalah….kerana hari itu hari yang sangat sulit..

Saat sesak bertarung dengan sakaratulmaut…Nabi pun sakit kita sedia tahu..

Menghadapi alam kubur yang tak tahu samada cerah atau gelap, sempit atau lapang, digigit binatang ke..kawah neraka atau taman syurga..

Seterusnya dibangkitkan dipadang mahsyar, pada hari yang panas, gelap..bingung,kita takde apa-apa dengan keadaan telanjang..harta, anak, kawan karib tak mampu beri apa-apa..kita keseorangan berteman amal didunia…

Seterusnya ketika menghadapi hari berhisab, lamanya berdiri dengan panas dan sesaknya orang hanya Allah yang tahu. Bob Lokman pernah menangis bila berceramah, saya masih ingat dialog dia lebih kurang.. “saya rasa lama berdiri dipadang mahsyar”.

Menanti berhisab, mencari insan bernama Muhammad, mengharap teduhan arasy. Siapakah yang diberi teduhan, 7 golongan yang dijanjikan…semoga kita tergolong..

Bagaimana pula nak berhisab, sedangkan keadaan dosa masa tu banyakknya Allah saja tahu..kita mengharapkan kemaafan dari Allah..Ada doa yang kita ungkapkan selepas solat..berilah kemaafan ketika berhisab..anggota berbicara, mulut terkunci seribu bahasa..
Seterusnya melangkah ke titian antara dua, jauh, panjang, kecil, banyak checkpoint,,apakah kita terbang? Mengengsot? Merangkak? Wallahua’lam

Kita hanya ada dua tempat perhentian, syurga yang penuh kenikmatan atau neraka penuh azab dan keperitan.

WAHAI JIWA YANG TENANG KEMBALILAH KEPADA ALLAH, BAGAIMANA HATI MAMPU BERGEMBIRA KETIKA MAUT MENGEJAR KITA..

BUAT DIRIKU INSAN BERDOSA DAN KALIAN YANG SUDI MEMBACA.

SEMOGA KITA SAMA2 DIBERI KEKUATAN ISTIQAMAH SEHINGGA BERTEMU ALLAH

Thursday, 12 January 2017

Guru.


Al fatihah.

*"ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA"*

Banyak sekali orang yang tegesa-gesa ketika membaca Al-Fatihah disaat solat.. seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya.

Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman:

"Aku membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."

■ Ertinya, tiga ayat di atas "Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in" adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

■ Ketika Kita mengucapkan "AlhamdulillahiRabbil 'alamin".

Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim".

Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin".

Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”.

Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-Ku.”

■ Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”

Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.”
(HR. Muslim dan At-Tirmidzi)

■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat.

Rasakanlah jawapan indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

■ Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.”
(HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Jika post ini bermanfaat sila dikongsikan, sampaikan walau satu ayat.

Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam; "Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."

WaAllahua'lam.

Hayati.

...renungan di petang khamis😀..

*Hayati Al-Quran*

Rawat hati dengan Al-Quran
Ubat yang tiada tarikh luput
Menyingkir dari hati  keserabutan, kebimbangan dan kesedihan
Ia menyembuh, menyegar dan merawat hati
*Hayati Al-Quran*
Ia mungkin penyelamat kita

Manakala kita, kita punya tarikh luput
Hitungan hari kita kian susut
Tempoh kita, berkurang saban hari
Gundahlah hati yang gersang Al-Quran
Penyimpan khazanah Allah
Untuk dipetik, dinikmati...
Untuk di ambil pengajaran...
Andai taat, dirahmati..
Andai engkar, buruk akibat..

*Hayati Al-Quran*
Ia mungkin penyelamat kita di sini..
Dan dengan rahmat Allah, ia mungkin penyelamat kita di sana...
Ke destinasi terakhir kita..
Syurga atau Neraka
Dengan rahmat dan redha Allah
Biarlah Syurga....

Wallahu a'lam

Anak.

Radio IKIM dalam slot usrati membincangkan tentang kepentingan ibadah dalam keluarga.

Tetapi ada satu perkara yang dibangkitkan oleh Ustazah jemputan betul-betul telah menarik perhatian.

Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.

Doa itu adalah :

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)

Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :

Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan. Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):

 1- ASSALAM : SEJAHTERA.

Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan buat dirinya pada waktu itu.

 2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.

Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?

 3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH

Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya, dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.

 Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.

 Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.

 Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.

 Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.

Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaAllah.


Sukar.

Assallamualaikum sahabat yg dimuliakan Allah.semoga Allah meredhai sahabat.Diampunkan Allah segala dosa diberi kejayaan dunia akhirat  dijauhkan.azab nerakaNya

*PENYEBAB SUKAR HAMPIR DENGAN ALLAH SWT*

Adalah sibuknya mencari kedudukan di hati manusia
Semakin ingin dipuji,
Ingin diakui kemampuannya,
Ingin diketahui keluasan ilmunya
Ingin dikagumi "kelebihan-kelebihan"nya,
Ingin dianggap sebagai orang yg sabar dan tabah,
Ingin diakui dan dihargai sebagai orang yg berjasa,
Dan lain-lain..
Semakin kuat keinginan kita untuk mendapat berkedudukan di hati makhluk, bererti kita tak peduli dengan kedudukan di sisi Allah
Padahal kecukupan, kebahagiaan dan kemuliaan hanya akan ada bagi orang yang berkedudukan di sisi-Nya,
Dia-lah satu-satunya penguasa segala karunia, amat mudah bagi-Nya mengangkat dan memberi kedudukan di hati makhluk, namun semua itu adlah urusan-Nya bukan urusan kita
Urusan kita adalah fokus hanya mencari redha-Nya dari sekecil apapun yang kita lakukan

Hasbunallah wani'mal wakiil ni'mal maulaa wa ni'mannashiir

📚Murabbi KH. Abdullah Gymnastiar💚


💙💚💛💜💙💖💚

"Orang yang bijak itu ialah mereka yang mengambil berat tentang dirinya dan beramal untuk mati. Orang yang lemah itu ialah, mereka yang menurutkan hawa nafsu sedangkan dia bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang diredhai"

[Hadis Riwayat At-Tirmidzi]

1

Paderi Terpaksa Buka Rahsia


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidika agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ‘Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.’ Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, ‘Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.’ Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, ‘Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?’Paderi itu menjawab, ‘Dari tanda yang terdapat di wajahmu.

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, ‘Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.

Si pemuda tersenyum dan berkata, ‘Silakan!’

Sang paderi pun mulai bertanya,:

‘Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.’

‘Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!’

‘Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?’

‘Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?’

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca ‘Bismillah…’ dia berkata,:

Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).’ (Al-Isra’: 12).

Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, ‘Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.’ (Al-Mulk: 3).

Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.’ (Al-Haqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, ‘Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.’ (Al-An’am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, ‘Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.’ (Al-Baqarah: 60).

Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, ‘Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.’ (At-Takwir: 18)

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, ‘Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.’ Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ‘Tak ada cercaan terhadap kamu semua.’ Dan ayah mereka Ya’qub berkata, ‘Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’ (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, ‘Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.’ (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, ‘Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.’ (Al-Anbiya’:69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. ‘Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.’ (Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata,:

‘Apakah kunci surga itu?’

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, ‘Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!’
Paderi tersebut berkata, ‘Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.’

Mereka menjawab, ‘Kami akan jamin keselamatan anda.

Paderi pun berkata,:

‘Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa .

Thursday, 5 January 2017

Tahukah anda.

Tahukah Anda?

Bahwa ikan yg ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus AS itu ternyata masih lg  hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. Hal ini sdh dijelaskan dalam Al-Qur'an: andai Yunus itu tidak beristighfar, sudah tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan..Maka banyakkan lah beristighfar.

Tahukah Anda?

Bahwa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia sudah dilihatkan perjalanan hidupnya bermula dr lahir sampai mati. Kerana itu, kadang2 ketika kita berkunjung ke sesuatu tempat yang baru, kita rasa seolah2 tempat tersebut sudah tidak asing lg bagi kita.

Tahukah Anda?

Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah2 kita mati Ini terjadi dalam hitungan yg sgt pantas. Setelah itu ianya berfungsi spt normal semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

Tahukah Anda?

Menguap itu bukan tanda bahawa kita mengantuk tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita perlu tambahan oksigen.

Tahukah Anda?

Bahawa memakan buah kurma dalam jumlah yg genap itu akan menghasilkan gula dlm darah. Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil, agar ianya berubah menjadi karbohidrat.

Tahukah Anda?

Bahawa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

Tahukah Anda?

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat? Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut.
Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah lebih lama sikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa kita yang berguguran..

Tahukah Anda?

Diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal dunia. Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dr dalam kubur tsbt. Kemudian suaminya menjelaskan bahawa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutamanya setiap kali mahu masuk tidur.. Sesungguhnya surat Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari seksa kubur.

Tahukah Anda?

Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat, maka tiada halangan  antara kita dgn shurga kecuali mati...

Tahukah Anda?

Bahawa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat, Maka janganlah kita terburu2 untuk beranjak dari tempat duduk..


Tengah jemur kain jiran datang tegur,
'jemur kain ke?'
Tapi kita jawab "eh tak la tengah masak",
 soalan mesra dijawab dengan sindiran.

Allah bertanya,  "Wahai Nabi Musa, apa yang ada ditanganmu itu?
Jawab Musa , "Inilah tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan aku gunakan untuk memukul daun2 kayu supaya gugur untuk kambing2ku".

Kenapa Allah masih bertanya Nabi Musa sedangkan Allah Maha Mengetahui? Kerana... begitulah cara Allah bermesra dengan NabiNya walaupun Allah sudah tau tetapi Allah tetap bertanya.

Dalam kehidupan manusia cuba bayangkan kita sedang jemur kain,
tiba2 datang seorang kawan kita bertanya
"buat apa tu?"
Kita pun menjawab " Tengah masak !"

Kawan kita tanya tu bukan sebab dia tak tau tapi dia nak bermesra dengan kita. Orang nak bermesra dengan kita, kita layan dia dengan sindiran. Itu tak patut. " -TG Haron Din-

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1.
Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing.
Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu,
kemudian kita betukar-tukar ilmu itu,
masing-masing akan ada 2 ilmu".

Aku tanya dia kenapa kamu sentiasa suka minum air di masjid/surau padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jawab, " supaya org yg letak air di masjid/surau ni diberi ganjaran oleh Allah.."

Bilamana sampai kpd kamu gosip2 tentang seseorang, maka biarlah gosip tu terhenti setakat kamu shj.
Dan jika berita tu berhenti setakat kamu shj, bermakna kamu telah dpt pahala tutup aib org. Barangasiapa yg tutup aib mana2 muslim,
" Allah akan tutup juga aib dia.."

3 doa yg wajar kamu ingat utk dibaca semasa sujud2 kamu :-

1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik. Iaitu dalam khusnul Khotimah.

2. Ya Allah, kurnialah kepada ku taubat nasuha sebelum aku mati.

3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkan sahaja tu pun dah dikira sebagai kebaikan.

Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.

Peringatan :- " Buatlah baik walau sekecil kecilnya. ''

[ANDAI AJAL DALAM TIDUR...

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...

Jangan jemu saling mengingatkan

Stroke.

⛔ *STOP STROKE*
(dengan wudhu)

Hampir setiap RT di Indonesia ada yg sakit STROKE. Seseorang yg semula gagah dihormati, gara2 stroke runtuh sdh wibawanya, plus merepotkan banyak orang. Dan lain sebagainya.

KISAH NYATA
Ada seorang MILYADER SAUDI-ARABIA turunan Yaman sakit gejala stroke, pusing terus menerus tak berkesudahan. Dokter Saudi angkat tangan. Disarankan pergi berobat ke dokter Swiss.
Setelah diperiksa, dokter Swiss berkata sambil tertawa kecil: "Anda kan orang Arab tentu beragama Islam, obatnya ada didalam Kitab Suci Anda."
Sang Pasien bengong seribu bahasa, dgn memandang Sang Dokter penuh keheranan. Rasanya ingin cepat2 tahu apa yg akan diucapkan  Professor Doktor barusan.
 *"HIRUPLAH AIR DIHIDUNG SETIAP BERWUDHU' SAMPAI TERASA DI UBUN-UBUN"*.

Masyaa Allooh ini tuntunan Wudlu' dalam Hadits Bab Bersuci.

Pasien tersebut terdiam malu. Benar2 malu.
Sang Pasien yg orang Arab Muslim itu membenarkan dlm hati omongan Dokter Swiss.

Singkat cerita, tanpa obat alhamdu lillaah sembuh total.
Kemudian disebarkanlah kejadian yg telah dialaminya.
Dia berkata: "Jangan tinggalkan menghirup air 3x ketika berwudlu'. Dimana masih banyak Ummat Muslim menyepelakan sunnah Rosulullooh saw.

*STOP ⛔⛔⛔ STROKE SEKARANG*

Sebarkan sbg amal ibadah berantai. Aamiiin

Wednesday, 4 January 2017

Botol.


Lak..

USAH BERSEDIH 😢

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yang dikhianati oleh saudara-saudaranya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yang dihumban ke dalam api oleh ayahandanya..

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampk jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yang terperangkap di dalam perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yang ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

6.Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yang membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

7.Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yang perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yang besar tanpa soal.

8.Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yang dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yang terdekat

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah mewujudkan personaliti yang hebat-hebat ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran, dengan tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti saya dan kamu, bilamana berhadapan dengan sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

ALHAMDULILLAH UNTUK SEGALA-GALANYA YA RAHMAN..

Sunday, 1 January 2017

Ganjaran.

Assallamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai sahabat semua.

*GANJARAN BAGI YANG MENUNTUT ILMU ( ILMU AGAMA)*

Abu Darda r.a. meriwayatkan, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang memulakan suatu perjalanan untuk menuntut ilmu, Allah akan menunjukkan baginya satu jalan dari jalan-jalan menuju Syurga (maksudnya bahawa kemahirannya terhadap ilmu menjadi sebab baginya untuk memasuki syurga).
Para malaikat membentangkan sayap-sayapnya kerana suka ke atas seorang yang keluar menuntut ilmu. Para penghuni di langit dan bumi, dan ikan-ikan di laut, semuanya mendoakan keampunan bagi orang-orang yang menuntut ilmu. Sesungguhnya kemuliaan seorang alim ke atas seorang abid adalah seperti kemuliaan bulan purnama ke atas bintang-bintang.
Dan sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak meninggalkan di belakang mereka harta warisan seperti dinar atau dirham (harta atau kekayaan), kecuali warisan ilmu (pengetahuan). Oleh sebab itu barang siapa yang mencari harta warisan ini, sesungguhnya dia telah menerima bahagian dari kebaikan yang besar sekali." (H.R Abu Daud)💚