Hayati.

...renungan di petang khamis😀..

*Hayati Al-Quran*

Rawat hati dengan Al-Quran
Ubat yang tiada tarikh luput
Menyingkir dari hati  keserabutan, kebimbangan dan kesedihan
Ia menyembuh, menyegar dan merawat hati
*Hayati Al-Quran*
Ia mungkin penyelamat kita

Manakala kita, kita punya tarikh luput
Hitungan hari kita kian susut
Tempoh kita, berkurang saban hari
Gundahlah hati yang gersang Al-Quran
Penyimpan khazanah Allah
Untuk dipetik, dinikmati...
Untuk di ambil pengajaran...
Andai taat, dirahmati..
Andai engkar, buruk akibat..

*Hayati Al-Quran*
Ia mungkin penyelamat kita di sini..
Dan dengan rahmat Allah, ia mungkin penyelamat kita di sana...
Ke destinasi terakhir kita..
Syurga atau Neraka
Dengan rahmat dan redha Allah
Biarlah Syurga....

Wallahu a'lam

Comments