Ganjaran.

Assallamualaikum semoga Allah merahmati dan meredhai sahabat semua.

*GANJARAN BAGI YANG MENUNTUT ILMU ( ILMU AGAMA)*

Abu Darda r.a. meriwayatkan, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang memulakan suatu perjalanan untuk menuntut ilmu, Allah akan menunjukkan baginya satu jalan dari jalan-jalan menuju Syurga (maksudnya bahawa kemahirannya terhadap ilmu menjadi sebab baginya untuk memasuki syurga).
Para malaikat membentangkan sayap-sayapnya kerana suka ke atas seorang yang keluar menuntut ilmu. Para penghuni di langit dan bumi, dan ikan-ikan di laut, semuanya mendoakan keampunan bagi orang-orang yang menuntut ilmu. Sesungguhnya kemuliaan seorang alim ke atas seorang abid adalah seperti kemuliaan bulan purnama ke atas bintang-bintang.
Dan sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak meninggalkan di belakang mereka harta warisan seperti dinar atau dirham (harta atau kekayaan), kecuali warisan ilmu (pengetahuan). Oleh sebab itu barang siapa yang mencari harta warisan ini, sesungguhnya dia telah menerima bahagian dari kebaikan yang besar sekali." (H.R Abu Daud)💚

Comments