Rahsia USIA.

C & P

🌷

*RAHSIA UMOR*

Alhamdulillah...
melepasi sebuah hari mulia lagi semalam dgn penuh nikmat2 dari Allah. Malah jika di hitung tiada satu pun yg mengelisahkan jiwa ... semuanya menyenangkan perasaan. Walaupun begitu tergamak juga berbuat dosa di hari mulia semalam.. dosa hati, dosa mata, dosa mulut, dosa telinga. Malah mungkin .. dosa mengatasi pahala. Oleh kerana itu, sama2lah kita mulakan pagi ini dgn bertaubat kpd Nya.. semoga hadirlah sebuah lagi hari penuh nikmat utk kita hari ini. Kekallah kita meneruskan kehidupan dgn mengingatinya.

Berzikirlah ..merasakan kehebatan dan kebesaran Allah. Inilah tugas kita.. ingat akan Allah sepanjang masa. Inilah ibunya yaitu zikir.. dan sudah tentu... solat adalah zikir yg terbaik.

Allah nak lihat kita berusaha tak kira kita siapa.. teruskan mencari ikhlas sehingga tercapai tahap ihsan.

Inilah ajaran Rasullah saw kepada sahabat2 bagunda sehingga melahirkan  pengahayatan dan azam hebat oleh  para sahabat.. inilah yg hendak kita tiru supaya umat islam kembali hebat di mata dunia..kita perlu hebat di mata Allah dulu.

Cuba lah yg terbaik sebelum bertemuNya.. "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya...." dari surah A-li'Imraan ayat 185.

Semua tahu kita akan mati tapi kita buat tak tahu. Maka tunggulah saat Allah mempamerkannya kembali segala tingkah laku kita... maka masa itu tidak boleh buat tidak tahu.  Allah balas dgn baik utk yg baik..jahat utk yg jahat. Percayalah ..dan yakinlah dgn ini.

Kejayaan yg hakiki adalah taqwa. Bersegeralah utk mendapat kasih sayang Allah.

Sesungguh kehidupan di muka bumi ini adalah penuh tipu daya dunia. Tipu daya dunia? Gila kejar dunia sehingga tidak nampak akhirat sehingga Allah buka hijjab.

Ingatlah kematian.. cukuplah kematian sebagai satu peringatan yg cukup memberi kekuatan ..

Amalan zikir .... rasailah dgn kalbun setiap kali melakukannya. Allah... nama bagi zat yg paling sempurna   sebutlah sehingga menitiskan airmata.

Sesungguhnya..mereka yg untung adalah yg beriman beramal bersabar ... dan ... Jadikan solat itu utk kamu mendapat ketenangan.

Semoga bermanfaat.

Sebagai mengisi pengisian  ini ..terimalah nota kuliah *rahsia umur*... umur 60.

*umur 60*

Berkaitan umur 60 tahun,  hadis daripada Abu Hurairah,  Nabi saw sebagai berkata : "Kebanyakan umur umatku adalah 60-70 tahun. Sedikit daripada mereka yang lebih daripada itu".

Ibnu Qatadah; " Orang yg dipanjangkan umurnya ialah orang yg mencapai 60 tahun dan orang yang pendek umurnya ialah orang yang meninggal sebelum 60 tahun"

Orang yg dipanjangkan umurnya ialah orang yang mencapai 60 tahun dan lebih. Jadi, bila dah berumur 60 tahun perlu diberi perhatian berat.

Jangan pula bangga jika mencapai umur begini jika masih boleh makan apa sahaja tak perlu pantang sebab umur ini adalah umur batas akhir.

Oleh kerana itu, amat keterlaluan jika yg sudah berusia lebih daripada 60 tahun masih melakukan maksiat.

Sabda Rasulullah saw, "Allah swt tidak akan menerima dalih/alasan seseorang sesudah Dia memanjangkan usianya hingga 60 tahun". .. Hadis Riwayat Al-Bukhari.

Pada usia ini sepatutnya telah banyak beramal soleh. Tiada lagi tolak ansur yang dibenarkan dalam perbicaraan di akhirat nanti. Umur 60 adalah umur ibarat di medan perang, iaitu jaya atau gagal. Apa jua alasan Allah tidak akan terima.

Rujuk surah Fathir ayat 11 :

"Dan Allah menciptakan kamu daripada tanah, kemudian daripada (setitis) air benih, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan) dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina) dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah dan tidak diberikan seseorang berumur panjang (dipanjangkan umurnya), juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah". (Fatir ayat 11)

Para mufassir menyatakan bahawa 60 tahun adalah umur yang dipanjangkan berdasarkan hadis dan ayat di atas dan juga ayat Yasiin ayat 68....

"Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?"

Apabila sampai umur 60, tiada lagi peluang. Jika tidak taubat, maka Nerakalah tempatnya.Tidak guna lagi meminta tolong. ..surah  Fathir  ayat 37, Allah berfirman:

"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu: 'Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami nescaya kami akan mengerjakan amal yang soleh yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan.' Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan maka rasakanlah (azab Kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolong pun".

Dalam ayat di atas, di neraka nanti ada yang mohon kepada Alah untuk dikeluarkan daripada neraka dan kembalikan ke dunia supaya mereka dapat buat amal soleh. Ketika itulah,  Allah akan menyindir keras, bukankan Aku dah panjangkan umur kamu dan aku beri peringatan.

"Pemberi peringatan" yang dimaksudkan dlm ayat 37 ini ialah penuaan seperti uban dan pelbagai penyakit, kekuatan fizikal menurun, mata dah kabur, gigi banyak yang gugur, lututpun kendur dan banyak lagi.

Umur 60 tahun sudah dekat dengan ajal kematian. Pada umur ini seharusnya "intai intailah" dan "rasailah" erti  roh kematian ~ perjumpaan manusia dengan Penciptanya.

Umur 60 tahun dikira mengikut pusingan bulan dan bukan pusingan matahari, iaitu umur tahun qamariah yakni apabila kita berumur 58 bermakna kita sudah berumur 60 tahun ikut kiraan qamariah.

Ada dalam hadis; tanda tua dan hampirnya ajal ialah uban di kepala. Ada hadis Nabi saw melarang kita mencabut uban kerana itu adalah "cahaya Iman" bagi mereka yang beramal soleh. Sebab itu jangan dicabut uban. Uban ini akan menjadi saksi pengabdian kita. Jika nak mewarnakannya boleh tetapi dengan syarat bukan dengan warna hitam.

kesimpulannya... ustaz mengingatkan supaya kita jangan mengambil mudah tentang umur. Hal umur ni bukan remeh kerana Allah dah bersumpah dengannya. Kita juga hendaklah berilmu dan beramal dengannya, ada ilmu tetapi tidak beramal bukanlah segala2nya. Ibadat pula bukan kuantiti tetapi kualiti.

Nota berkahir di sini...
Jazakmullahukhoir pada  semuanya kerana kekal bersama Allah.

Akhir kalam... "Tak akan berganjak kedua kaki manusia pada hari kiamat sampai selesai ditanya tentang empat perkara, iaitu tentang umurnya, dihabiskan untuk apa; tentang masa mudanya, dipergunakan untuk apa; tentang hartanya, dari mana diperolehinya dan untuk apa dibelanjakan; dan tentang ilmunya, apakah sudah diamalkan".... At-Tarmidzi.

Sekian,  tamatlah disini utk pagi ini buat renungan kita bersama.. mudah2an ianya memberi manfaat.

🌷

Comments