Kenangkan.

Pesanan Guru Mulia Habibuna Habib Umar حفظه sempena bulan Rabiulawal ...(17/12/2016)

....kenangkan dan ingatilah pengorbanan baginda صلى الله عليه وسلم yang besar tanpa mengenal penat lelah demi kebaikan umat....

....baginda صلى الله عليه وسلم  banyak menangis kerana sayang dan kasih kepada kamu...

....baginda صلى الله عليه وسلم seorang yang sangat merendah diri dan hati kepada اللّٰه تعالى yang walau pun mempunyai kedudukan yg paling tinggi di sisiNya. ..

.... baginda صلى الله عليه وسلم beribadah lama dan panjang di waktu malam sehingga bengkak kedua2 kaki yang Mulia صلى الله عليه وسلم. ..

....kamu adalah sebaik2 umat di sisi الله تعالى. Maka hendaklah kalian tahu kedudukan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم .....hendaklah kalian berhubungan dengan baginda صلى الله عليه وسلم. ...  hendaklah kalian membesarkan syariat Nabi Muhammad صلى الله عليه. ..   hendaklah bersungguh2 melaksanakan syariatnya di setiap peringkat. ..

.....seseorang tidak akan dapat kejayaan sebenar dan sesebuah keluarga tidak akan dapat kemuliaan yang sebenar kecuali bersungguh2 mengikuti petunjuk dan syariatnya serta menghidupkan sunnah2nya صلى الله عليه وسلم. ..

Comments