Hati.

TANYALAH USTAZ TV9
2.3.2017
(Da'i Fuad&Ustaz Dr.Muhammad Nidzam Abd.Kadir)

*ADAB BERAMAL*
•••••••••••••••••••••••••
Kadang² kita banyak melakukan amal tapi kita kurang adab zahir dan batin.
Kita bukan hanya mahu ibadat itu sah tapi kita juga mahu ibadat kita itu diterima oleh Allah.
Cth dalam bab sedekah...Allah kata sedekah yg baik adalah bila kita bersedekah kita diiringi dgn perkataan yg baik dan jika kita tidak mampu bersedekah kita minta maaflah kepada peminta sedekah kerana kita dapat memberi sedekah.
Dan jangan beri sedekah dalam keadaan kita memberi tapi dalam masa sama kita menyakitkan hati org yg menerima sedekah dgn perkataan kita.

BOLEH ATAU TIDAK BACA AL~QURAN KETIKA HAID?
Ada para ulamak kata tidak boleh dan ada kata boleh.
Dalam mazhab Syafie tidak dibenarkan baca Al~Quran kecuali diniatkan ZIKIR.
Boleh amalkan zikir² lain dan berselawat.
Jika kita memang dah biasa mengamalkan surah² lazim dibolehkan baca dgn niat zikir.

BAGAIMANA ADAB BERAMAL UTK MENINGKATKAN DIRI KEPADA ALLAH?
Kita lakukan amalan itu dgn sebaik~baik amalan.
Sebaik~baik amalan adalah amalan yg tidak bertentangan dgn Al~Quran dan tidak bertentangan dgn sunnah/hadis² Nabi.
Buat amalan paling ikhlas iaitu hanya kerana Allah.
Betulkan amalan zahir dan betulkan juga niat kita supaya amalan² kita akan semakin mendekatkan diri kita kepada Allah.

ADAB² BERDOA...Berdoa bersungguh~sungguh dan jangan minta dalam keadaan lalai.
Allah tidak akan menerima doa dari hati yg lalai.
JANGAN BERDOA SAMBIL MELIHAT HPHONE.
Jaga kehalalan makanan kita.
Kita juga boleh minta org lain doakan utk kita.

BAGAIMANA ADAB KITA KETIKA SOLAT?
Adab ada dua..adab zahir dan adab batin(hati bersungguh~sungguh buat ibadat kerana Allah)
Ketika kita solat...kita anggaplah solat kita itu adalah solat terakhir supaya kita lebih mengingati kita pada Allah.
DAN BANYAKKAN INGAT MATI.

SAYA MENGAJAR ANAK² MENGAJI DAN KETIKA HAID BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL AL~QURAN BERLAPIK DAN BOLEHKAH SAYA PERBETULKAN AYAT² AL~QURAN YG DIBACA OLEH ANAK² MURID SAYA?
Ketika ini dibenarkan membetulkan ayat² Al~Quran yg dibaca oleh murid² kerana wanita itu adalah seorang guru pengajar Al~Quran.
Dalam keadaan haid yg lama,takkanlah nak membiarkan murid tidak mengaji kerana ini akan menjadikan murid lupa dgn Al~Quran.
Wanita haid dan org yg tidak ada wuduk juga boleh memegang Al~Quran terjemahan.
KALAU KITA TIDAK BACA AL~QURAN ITU TANDA KITA TIDAK ADA ADAB DGN AL~QURAN.

APA MAKSUD HADIS MENCURI DALAM SEMBAHYANG?
Mencuri dalam sembahyang adalah org yg cepat² ketika sembahyang(iaitu sujud dan rukuk dgn cepat dan tidak ada tokmaninah...sembahyang patuk ayam).
Sembahyang sebegini tanda sembahyang yg tidak ada adab dgn Allah.

KITA BOLEH BERDOA...CTH: YA ALLAH JIKA BENDA INI BAIK...PERMUDAKANLAH DAN JIKA BENDA INI TIDAK BAIK, ENGKAU JAUHKANLAH...DOA SEBEGINI BAIK DIAMALKAN SEBAGAI TANDA KITA MINTA PETUNJUK DARI ALLAH DAN MINTA ALLAH PILIHKAN MANA YG TERBAIK UTK KITA.

BOLEHKAH SOLAT TAHAJJUD PUKUL 5 PAGI?
YA...Masih boleh lagi bersolat tahajjud pada pukul 5.

WAJARKAH KITA TERIMA NASIHAT DARI ORG YG TIDAK SOLAT?
Kalau dia tidak beramal dgn nasihat yg diberikan itu tidak berapa baik baginya.
Jika nasihat itu baik...nasihat itu bagus utk kita terima...walaupun dia tidak solat kita boleh ambil nasihatnya tapi kita jangan ikut perangainya.
CONTOH DIA SEORANG PEMINUM ARAK TAPI DIA NASIHAT ..JANGAN MINUM ARAK...MAKA NASIHATNYA BAIK UTK KITA IKUT...TERIMALAH NASIHATNYA...TAPI JANGAN IKUT PERANGAINYA.....
Mungkin dia nasihat begitu supaya kita tidak ikut macam dia...

CARA KITA NAK BERAMAL..
BERAMALLAH DGN BERGURU ATAU RUJUK DGN BUKU²....

APAKAH HARUS KITA LAKUKAN SEBELUM SOLAT TAHAJJUD?
Kita wajib qadakan dulu solat yg kita tinggalkan dgn sengaja.
Rahmat Allah sangat luas .. qadalah sekadar kemampuan yg kita mampu dan bolehlah bersolat sunat yg lainnya...

APAKAH PETANDA AMALAN KITA DITERIMA?
Pada wajah mereka ada tanda sujud...kita akan nampak dia banyak merendah diri.. wajahnya kita nampak tenang...
Dan hanya Allah yg tahu keseluruhnya...

BOLEHKAH KITA QADA SOLAT ZOHOR DALAM WAKTU SUBUH?
BOLEH...Qada solat boleh dibuat pada semua waktu solat...cth lepas solat asar ...qada solat zohor...dibolehkan.

JADILAH ORG YG BERISTIQAMAH DAN NIAT SEMATA~MATA KERANA ALLAH...SERTA JADILAH ORG YG IKHLAS KETIKA BERAMAL...

JAGA ELOK² HUBUNGAN KITA DGN ALLAH DAN JIKA KITA JAGA SOLAT KITA DGN BETUL DALAM MASA SAMA HUBUNGAN KITA DGN MASYARAKAT JUGA AKAN JADI BAIK...

JAGA JUGA HATI KITA DARI SIFAT² YG TIDAK BAIK SEPERTI HASAD DENGKI DLL...BANYAKKAN MENUNTUT ILMU SUPAYA KITA DAPAT MENJAGA HATI...

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

Comments