Saturday, 26 November 2016

Tyre.

*MENGAPA ILMU BELI TAYAR TIDAK DIDEDAHKAN PIHAK BERWAJIB...?*

  السلام عليكم ورحمة الله

BANYAK KES KEMALA NGAN ANTARANYA BERPUNCA MASALAH TAYAR.

PEMILIK KENDERAAN PULA TIDAK ARIF TENTANG KEMAMPUAN TAYARNYA DALAM CUACA YG TIDAK MENENTU.

Repost Kes: Minggu lepas semasa balik dari Penang, stering mula bergegar. Suspek utama memang tayarlah puncanya. So, p lah kedai tayar area Taiping, minta dorg cek. Ya,  memang betul tayar dah bengkak.

Esok nak ke Melaka pulak. Nak x nak kena tukar jugak tayar ni. So tanyalah pomen tu harga tayar. *Yg second tayar korek pun RM80. Yg baharu ada yg RM175 @ RM185.*

Baik ambil yg baharu, puas hati. Minta diorg bawa keluar tayar tu, nak tgk. Pomen tu pun bawaklah *tayar baharu yg harga RM175.*

Bila tanya tahun buatan tayar tu, muka pomen dh mula cuak. Baru dia habaq tayar tahun 2014. So apa lg kene sound lah.

*"Tayar lama u jual RM175 ke? Tau x tayar ni dah expired? Mana boleh jual harga ni". Saya suruh dia p tanya tauke berapa harga tayar tu. Mula2 dorg bg RM120. Dok minta kurang sampai dpt RM105 untuk sebiji tayar. Hmmm, mm tayar korek pun dah RM80. Baik amik yg ni. *So dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga RM420 rim 15'.*

Moral of story? Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar. Dorg akan keluarkan tayar yg lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru. So, kalau yg nak tukar tayar tu, berhati2lah supaya kita x tertipu.
🚗 🚕 🚙 🚌 🚚 🚐 🚛

*Berikut ialah senarai kod yg patut kita tahu:*

Semoga dapat manfaat bersama. Sahabat semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan tak sepatutnya digunakan lagi (expired).

*Info Pasal tayar kenderaan;*

*1. Kod Tayar Kenderaan:*
  *Contoh: 205/65/R1594H*

    205 = Lebar
      65 = Tinggi
        R = Radial
      15 = Saiz / Rim
      94 = Had Maksimum
               Bebanan
       H = Had Maksimum
              Kelajuan 210km/jam

*Lihat Abjad yang last;*

S = Maksimum Had Laju
      180 km/jam
T = Maksimum Had Laju
      190 km/jam
U = Maksimum Had Laju
       200 km/jam
V = Maksimum Had Laju
       240 km/jam
Z = Maksimum Had Laju
       240 km/jam
W = Maksimum Had Laju
        270 km/jam
Y  = Maksimum Had Laju
        300 km/jam.


*2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatat Di Sisi Tayar.*

    *Contoh:  0514*

Indeks ini menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014.

*Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.*

Tayar baharu yang berusia lebih drpd *LIMA* tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

*Jika anda menukar tayar yg baharu, pastikan tahun pengeluarannya ialah Tahun yg terkini.*

*Jika membeli tayar keluaran Tahun 2015, minta diskaun sebanyak 20% daripada harga asal.*

Berikut ialah diskaun harga tayar berdasarkan tahun tayar yang dikeluarkan dari *Tahun Semasa (2016);*

2015 = 20%
2014 = 40%
2013 = 60%
2012 = 80%
2011 ke bawah = *PERCUMA*

Kiranya anda fikir info ini berguna, jom kita kongsikan agar tiada lagi kes penipuan dlm urusniaga dan semua beroleh berkat & selamat di dunia dan akhirat.

Info ini dijanakan oleh:
*Pusat Pengajian Al-Quran*
*AKADEMI AL-BAGHDADI*
*HP: 0123441043*

Sebarkan info ini agar bermanfaat kepada semua...

*Jom Belajar Al-Quran....*
*Ustaz tak tanya soalan pun.*

🚌 🚓 🚑 🚙 🚕 🚌 🚜 🚚

Friday, 25 November 2016

Col.


Solat.

Cara Menyelesai MELAYU Merempat di Bumi Sendiri.

Jln penyelesaian menyeluruh yg hakiki dan muktamad ialah bila semua lelaki Melayu Islam mula memenuhi masjid 5 waktu setiap hari dan selama-lamanya. Setiap waktu jemaah mesti sama bilangan seperti solat Jumaat.

🔹Masaalah dtg dr ALLAH dan hanya ALLAH yg boleh menyelesaikannya.

🔷Bukti di zmn kini:
🔹Sri Lanka org Islam adalah minoriti tetapi mereka menguasai ekonomi.
🔹Lihat di masjid mereka, setiap waktu kehadhiran seperti jemaah solat Juma'at.
🔹Di Turki, perubahan mula terjadi bila solat subuh jama'ah melimpah spt solat Juma'at.
🔹Dulu org Turki tak amal agama, kdr inflasi tahunan melebihi 30% dan ramai jadi buruh sapu jln di Germany.
🔹Kini mereka mula menikmati perubahan ekonomi mendadak dan tidak lagi merayu utk berada dlm Komuniti Kesatuan Eropah.

🔹Melayu akan dimuliakan oleh ALLAH tidak hina seperti sekarang di negara sendiri sekiranya beramai-ramai mengamalkan agama yg sempurna dan ia mesti bermula dgn Solat Berjema'ah di Masjid.

🔶🔸👉Sebarkan msg ini spya ramai dpt menafa'at dr agama yg telah sempurna. Yg tak sempurna ialah pengikutnya yg engkar dgn perintah ALLAH swt.🔸🔶

Guru.


Guru.

CARILAH PEMBIMBING ROHANIMU

Pesan Syeikh Abdul Qadir Al Jailani

" Jika ingin mencari guru yang mursyid yang dapat membimbing perjalanan kerohanian dan memasuki maqam tauhid :

Bangunlah pada sepertiga malam, lakukan solat dua rakaat dan berdoalah seperti berikut :

" Ya Tuhanku..! Tunjukkanlah kepadaku hamba-hambaMu yang soleh. Tunjukkanlah kepadaku orang-orang yang mampu membimbingku kepada Engkau, iaitu orang-orang yang memberi makan kepadaku dengan makanan Engkau, yang memberi minum dengan minuman Engkau, memberi celak mata kedekatanku dengan cahaya kedekatan Engkau dan memberi tahu kepadaku akan sesuatu yang sudah dilihatnya dengan nyata, bukan dengan sekadar taklid atau ikut-ikutan. "

" Ya Allah, tunjukkanlah aku kepada seorang hamba daripada hamba-hambaMu yang soleh untuk menyampaikan aku kepada keredhaanMu dan memperkenalkan aku jalan menuju keredhaan itu. "

Monday, 21 November 2016

As salam.


Islam.

DARUL MUJTABA:
PENGHAKIMAN PALING 'ANEH' DIDUNIA PERNAH TERJADI DALAM SEJARAH

KEHEBATAN KEADILAN ISLAM

Selepas Samarkand jatuh ke tangan Tentera Islam, paderi besar negeri itu mengutus surat kepada Khalifah Islam, Amirul-Mu’minin Umar bin Abdul Aziz. Di dalam surat tersebut dia mendakwa panglima Tentera Islam, Qutaibah serta angkatan tenteranya telah memasuki Samarkand tanpa amaran dan tanpa seruan dakwah kepada Islam.

Umar mengarahkan hakim yang dilantik untuk bertugas di Samarkand bernama Jumay’ supaya membicarakan kes yang didakwa oleh padri besar tersebut.

Hakim memanggil kedua-dua pihak, pendakwa [paderi besar Samarkand] dan yang didakwa [Qutaibah, panglima angkatan Tentera Islam]. Qutaibah dipanggil oleh petugas mahkamah atas nama peribadinya, tanpa dikaitkan dengan sebarang gelaran. Datanglah Qutaibah ke mahkamah. Dia duduk bersebelahan paderi besar Samarkand di hadapan hakim Samarkand yang muslim.

Hakim memulakan perbicaraannya dengan mengajukan soalan kepada paderi besar Samarkand;

Hakim: Apakah dakwaan kamu wahai orang Samarkand?

Paderi: Qutaibah dan tenteranya telah memasuki dan menakluki negeri kami tanpa menyeru kami kepada Islam terlebih dahulu dan memberi tempoh kepada kami untuk kami membuat keputusan mengenai pendirian kami!

Hakim berpaling kepada Qutaibah seraya bertanya; Apa jawapan kamu terhadap dakwaan ini wahai Qutaibah?

Qutaibah: Peperangan adalah tipu muslihat. Samarkand merupakan negeri yang besar. Semua negeri-negeri di sekitarnya melawan kami. Mereka tidak menerima Islam dan tidak mahu membayar jizyah.

Hakim: Wahai Qutaibah! Adakah kamu telah menyeru mereka [penduduk Samarkand] kepada Islam atau membayar jizyah atau perang?

Qutaibah: Tidak! Sebaliknya kami terus serang mereka secara mengejut dengan alasan yang telah saya sebutkan tadi.

Hakim: Aku mendapati kamu telah mengaku. Dan apabila pihak yang didakwa mengaku, selesailah perbicaraan. Wahai Qutaibah! Allah tidak menolong umat ini melainkan dengan [berpegang kepada] agama, menjauhi tipu daya dan menegakkan keadilan.

Kemudian hakim mengisytiharkan keputusan penghakimannya: Hakim: Kami memutuskan supaya semua orang Islam dikeluarkan dari bumi Samarkand, merangkumi pemerintah, tentera, orang-orang lelaki, kanak-kanak dan wanita. Mereka hendaklah mengosongkan kedai-kedai dan rumah-rumah mereka. Jangan ada seorangpun orang Islam yang tinggal di Samarkand! Paderi besar terpinga-pinga, tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya. Tanpa bukti, tanpa saksi, perbicaraan selesai dalam masa beberapa minit sahaja.

Paderi besar dan orang-orang Samarkand yang turut hadir dalam mahkamah ketika itu, tidak menyedari bahawa perbicaraan telahpun selesai kecuali setelah melihat hakim, Qutaibah dan para petugas bangun dan beredar.

Hanya beberapa saat saja selepas itu, penduduk Samarkand mendengar deringan suara loceng memenuhi angkasa, debu-debu berterbangan memenuhi setiap ruang dan bendera-bendera kelihatan berkibaran di sebalik debu-debu yang bertiupan. Mereka tertanya-tanya kehairanan, apa yang telah terjadi? Lalu diberitahu kepada mereka bahawa pemerintahan Islam telah ditamatkan dan angkatan tenteranya telah ditarik keluar. Satu pemandangan yang sungguh menakjubkan dan menggemparkan. Dan terbenam sahaja matahari pada hari itu, anjing-anjing berkeliaran di jalan-jalan yang sunyi, suara-suara tangisan bersahutan dari setiap rumah menangisi pemergian satu umat yang adil lagi penyayang dari negeri mereka. Lantas paderi besar dan seluruh penduduk Samarkand tidak dapat menahan diri lebih lama lagi.

Mereka keluar berarak beramai-ramai dikepalai paderi besar menuju ke arah angkatan tentera Islam sambil melaungkan syahadah bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN MUHAMMAD PESURUH ALLAH.

# Betapa hebatnya kisah ini. Betapa gemilangnya lembaran sejarah Islam yang agung. Pernahkah anda dengar satu angkatan tentera menakluk sebuah kota, kemudian penduduk kota itu membuat dakwaan ke atas tentera yang menakluk, dan akhirnya tentera yang menakluk itu kalah dalam perbicaraan dan diperintahkan keluar dari kota yang telah ditakluknya? Demi Allah! Kita tidak akan temui kisah serupa ini dalam sejarah mana-mana umat di dunia ini selain dari umat Islam!

........ Dipetik dari kitab ‘Qasas min at-Tarikh’ oleh Syaikh Ali at-Tantawi

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Aku.


Bantuan segera diperlukan.

Sekiranya ada rezeki lebih..  Bantulah anak kecil ini..  Jika tak dapat membantu dengan memberi duit.. Bantulah dengan kongsikan di halaman anda..  Mana la tahu ada rakan rakan kita yang boleh membantu.

Nama:Siti Maryam Bt Zaidi
Umur: 3 tahun
Berat badan : 7 kg
Tarikh Lahir: 9/11/2013
Asal: Taiping Perak
Sakit: Jantung Berlubang ASD & VSD
Jenis rawatan: Pembedahan segera di Hospital Gleneagles Penang
Kos rawatan: RM60,000.00 - RM70,000.00
Klo ad wasap grup tlg viralkn. Tq.

No akaun Maybnk
101245016424
Nor Hanina Binti Mohamad (ibu)
No akaun Bnk Islam
08 040 02 844787 5
Siti Maryam (pesakit)

Tel : 017-7813960 (ibu)
        013-4154430 (ibu)
Tel : 019-5766601 (bapa)

GS tea.